Blog Dunia Pendidikan | Mohd Suhaimin Isnen | mohdsuhaiminisnen@gmail.com | sejak 2 Januari 2017

Friday, August 18, 2017

Senarai Perkataan - Bahasa Melayu - yang Sering Disalah guna




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini, saya akan membuat perkongsian berkaitan perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang sering salah kita gunakan.
Share:

Sunday, August 13, 2017

Perdana Menteri Malaysia (1957 - Kini)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, syukur kerana kini kita telah berada dalam Bulan Kebangsaan kai ke-60. Sehubungan dengan itu, saya telah menyediakan bahan-bahan yang perlu diketahui oleh orang ramai khususnya rakyat Malaysia, iaitu mengetahui serba sedikit berkaitan Perdana Menteri kita. Sehubungan dengan itu juga, berikut merupakan nama Perdana Menteri Malaysia bermula tahun 1957 sehingga kini :

Share:

Saturday, August 5, 2017

Koleksi Gambar Bulan Kebangsaan untuk Diwarna


Jutaan terima kasih kepada sumber-sumber yang sudi memberikan perkongsian gambar-gambar ini. SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2017. #SehatiSejiwa #Merdeka. Berikut merupakan gambar-gambar Bulan Kebangsaan untuk diwarna :
Share:

Monday, July 24, 2017

Program Kem Motivasi Tahun 6 Fasa II - Sekolah Kebangsaan Batu 4, Tawau, Sabah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, syukur. Program Kem Motivasi Tahun 6 Fasa II yang dijalankan selama 3 Hari 2 Malam bermula 21 Julai sehingga 23 Julai 2017 di Sekolah Kebangsaan Batu 4, Tawau, Sabah berjaya dilaksanakan.
Share:

Tuesday, July 18, 2017

Semakan Tawaran Calon Gantian ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2017 Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia


Sukacita dimaklumkan semakan calon Gantian  ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  Bagi  Ambilan Jun 2017 boleh dilakukan melalui http://pismp.moe.gov.my mulai  20 Julai 2017 (Khamis)  jam 4.00 petang.

Pendaftaran di IPG Kampus yang ditawarkan kepada calon-calon yang berjaya adalah  pada 24 Julai 2017(Isnin).
Share:

Wednesday, July 5, 2017

Jadual Kursus Persediaan Pengajian bagi Penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2017



Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) akan melaksanakan Kursus Persediaan Pengajian bagi penerima kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) tahun 2017.
Share:

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 2018/ 2019




Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 adalah dipelawa memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi pengajian 2018/ 2019 mulai 1 Julai 2017.
Share:

Sunday, June 18, 2017

Koleksi Penjodoh Bilangan - Bahasa Melayu - (Berserta Grafik)




Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya. Ia digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Share:

Koleksi Huruf Besar dan Kecil (Berserta Grafik)



Berikut merupakan koleksi huruf besar yang terdiri daripada huruf besar dan huruf kecil yang disertakan contoh dan grafik menarik :
Share:

Koleksi Simpulan Bahasa - Bahasa Melayu - (Berserta Grafik)



Umum sedia maklum, simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Share:

Thursday, June 15, 2017

Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Sejarah dan Konsep Pembangunan Lestari



Disediakan dan disunting oleh :


  1. Khairul Azhar bin Abdul Majis
  2. Muhammad Zulfitri bin Pazlan
  3. Mohd Suhaimin bin Isnen

Share:

Monday, June 12, 2017

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) - High Order Thinking Skills (HOTS)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya akan berkongsi berkaitan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau lebih dikenali sebagai KBAT (akronimnya).
Share:

Sunday, June 11, 2017

31 Cara Mengawal Murid dalam Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya akan berkongsi berkaitan cara mengawal murid dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Saya amat BERTERIMA KASIH kepada Encik Herryan Syah Tupan atas perkongsian ilmu yang SANGAT PENTING berkaitan pedagogi abad ke-21 ini .
Share:

Saturday, June 10, 2017

89 Contoh Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya akan berkongsi berkaitan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Share:

23 Contoh Aktiviti Set Induksi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya akan berkongsi berkaitan perkongsian ilmu PAK-21 (Pembelajaran Abad ke-21) daripada Encik Heryyan Syah Tupan (salah seorang ikon PAK-21) mengenai contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam set induksi selaras dengan konsep Pembelajaran Abad ke-21 ini.
Share:

Asas Penulisan (Cadangan) Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini, saya akan berkongsi ilmu berkaitan asas penulisan RPH pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang dicadangkan oleh salah seorang ikon PAK-21, iaitu daripada Cikgu Azura (Sisc Azura). Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk menerbitkan semula "post" di dalam blog ini daripada laman Facebook beliau. 
Berikut merupakan Asas Penulisan(Cadangan) Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pembelajaran Abad 21 :


1. SET INDUKSI

Boleh dilaksanakan melalui:
i. Tayangan video
ii. Main peranan
iii. Gambar
iv. Lagu
v. Permainan, dsbnya

Mesti BERKAITAN dengan TAJUK dan berjaya MENARIK MINAT murid kerana ada elemen ingin tahu dan hiburan atau DIDIK HIBUR.

2. SESI SOAL JAWAB

Aktiviti sumbangsaran. 

3. AKTIVITI MURID*

Sama ada secara individu, berpasangan atau kumpulan. Lebih kepada PENEROKAAN ILMU atau membuat JANGKAAN dan SESI PERKONGSIAN.

4. AKTIVITI PENERANGAN*

Dilakukan oleh guru.
CONTOH AYAT: Murid mendengar penerangan tentang... 

5. AKTIVITI KUMPULAN*

Untuk menyelesaikan masalah atau berbincang berserta SESI PERKONGSIAN dan SOAL JAWAB.

6. RUMUSAN & PENEGUHAN 

Untuk RUMUSAN, kaitkan dengan:
i. Pelajaran akan datang
ii. Nilai dalam kehidupan
iii. Ilmu yang dipelajari berguna untuk kehidupan

PENEGUHAN boleh dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti. 

NOTA:
======

1. Aktiviti bertanda * BOLEH BERUBAH KEDUDUKAN mengikut KESESUAIAN topik yang diajar. 

2. Aktiviti penerangan oleh guru boleh juga TIDAK BERLAKU DI DALAM KELAS, jika guru melaksanakan FLIPPED CLASSROOM. 

3. PENTAKSIRAN dan PENILAIAN boleh berlaku pada MANA-MANA AKTIVITI dalam pengajaran.


TERIMA KASIH TO CIKGU AZURA


Sumber : Cikgu Azura

"KONGSI itu MESTI, BERKAT itu PASTI"


Share:

Friday, June 9, 2017

Permohonan NPQEL Ambilan 2018




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. MOHON PERHATIAN khususnya kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi pentadbir, khususnya menjadi Pengetua atau Guru Besar dipelawa untuk memohon Kursus NPQEL ambilan 2018.

PERMOHONAN DIBUKA PADA 
11 JULAI SEHINGGA 11 OGOS 2017

SILA LAYARI https://tls.moe.gov.my/login.php

Oleh itu bagi mereka yang ingin melangkah ke dalam bidang pentadbiran bolehlah memohon di pautan berikut:



Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau di dalam Bahasa Inggerisnya National Professional Qualification Education Leads diwujudkan bagi memastikan pemimpin di peringkat sekolah mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkualiti dan kompetan.

Syarat Umum

(a) disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG29);
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini
(c) bebas daripada tindakan tatatertib;
(d) telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima (5) tahun);
(e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
(f) bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
(g) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.

Syarat Khusus

(a) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B));
(b) mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu : -Pengetua: BidangUmum/Teknikal/ Pendidikan Islam -GuruBesar:Bidang Umum/ Cina / Tamil;
(c) lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan (NPQH);
(d) mempunyai pengalaman sekurangkurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;
(e) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
(f) melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2013).

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Cawangan Naik Pangkat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

No. Telefon:
03-8884 7935/7968 (Pengetua)
03-8884 7969/7882 (Guru Besar)

Faks:
03-8884 7283

Alamat
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sri Layang
69000 Genting Highlands
Pahang Darul Makmur

No. Telefon IAB: 03-6105 6100
No. Faks IAB: 03-6105 6299

Semoga dengan adanya peluang ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam meningkatkan lagi kerjaya sebagai guru dan dalam masa yang sama sebagai PGB. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memohon Kursus NPQEL ambilan 2018 ini. Semoga info yang disampaikan ini berguna dan berfaedah kepada anda, sila sebarkan untuk faedah bersama.

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Share:

Persediaan Menjalani Praktikum Fasa 1 - Siswa Pendidik Institut Pendidikan Guru (IPG)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Cuti mau habis suda (MAU NANGIS).. Sedar atau tak, kita dah nak berada pada Semester 1 Tahun 3 (Semester 5) dalam pengajian PISMP kita di IPG... so.. semakin dekatla perjalanan kita untuk menjalani Praktikum Fasa 1 selama 12 minggu (3 months), di sekolah rendah pilihan masing-masing iaitu bermula pada 02 Julai 2017 sehingga 28 September 2017 (Negeri Kumpulan A) dan 03 Julai 2017 sehingga 29 September 2017 (Negeri Kumpulan B).
Share:

Thursday, June 8, 2017

Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 kepada Sekolah di Negeri Kumpulan B - Kementerian Pendidikan Malaysia




Kementerian Pendidikan BERSETUJU memberi cuti ganti pada 23 Jun kepada sekolah di dalam kumpulan B sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 25 Jun ini. 

Negeri dalam kumpulan berkenaan ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Ketua Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah di negeri berkenaan perlu mengganti cuti pada Sabtu, 17 Jun. 

Ini berikutan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar. 

Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad (Presiden KGMMB) berkata sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun manakala negeri lain pada 24 Jun mengikut jadual asal dikeluarkan pihak kementerian, .

Sumber : http://www.bharian.com.my
Share:

Wednesday, June 7, 2017

Sistem ePROPER oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)



Untuk makluman semua, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah mengeluarkan  Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2017 mengenai pelaksanaan Sistem ePROPER bagi melaksanakan urusan perkhidmatan secara atas talian (online) bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP iaitu bagi urusan perkhidmatan :

  1. Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT), 
  2. Pengesahan dalam Perkhidmatan (PDP), 
  3. Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP)
  4. Pemberian Taraf Berpencen (PTB)
Sistem ePROPER merupakan sistem yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi membolehkan Ketua Jabatan di semua peringkat agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Selaras  dengan  perkembangan  teknologi  masa kini  dan  hasrat  SPP ke arah memudahkan  urusan  perkhidmatan APP,  Sistem ePROPER  telah dibangunkan bagi memastikan perakuan urusan perkhidmatan dilaksanakan secara  dalam talian.  Objektif pelaksanaan  Sistem  ePROPER  adalah  bagi mempercepat perakuan urusan perkhidmatan APP dan meletakkan kepercayaan kepada Ketua Jabatan yang telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan  pegawai  di bawah seliaannya.

Sistem     ePROPER      ini boleh     dicapai      melalui     URL https://teratai.spp.gov.my

Bagi merujuk manual sistem, pegawai yang bertanggungjawab  boleh  memuat turun Manual  Pengguna  Sistem ePROPER (Projek Rintis) di capaian URL yang sama. 

Sistem ePROPER  ini hanya melibatkan  urusan perkhidmatan  pegawai yang penempatannya  di kedua-dua  agensi  sahaja. Manakala  agensi yang bukan bertaraf PTJ,  perakuan urusan perkhidmatan sama ada PPT, PDP, PTP dan PTB hendaklah dilaksanakan secara  manual.

Dengan pelaksanaan  sistem  ini,  dokumen  perakuan  asal tidak  perlu dikemukakan  kepada  SPP. Waiau  bagaimanapun,  dokumen  tersebut  perlu disimpan dengan teratur dalam fail peribadi pegawai.

Pekeliling  ini  terpakai  untuk semua APP yang dilantik oleh SPP pada 1 Januari 2014 ke  atas  dan  dilaksanakan  oleh  agensi  berstatus  PTJ. 

Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Jun 2017.  

Sehubungan dengan itu, dengan berkuat kuasanya  pekeliling ini,  maka Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan  Pelajaran Tahun 2016 (Projek Rintis) adalah DIBATALKAN.

Berikut merupakan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 1 Tahun 2017 - Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis) :












Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia Sistem ePROPER, SPP seperti berikut:

Pasukan Petugas Khas 
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Aras 2, Blok B3, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62526 WP PUTRAJAYA

Ibu Pejabat Putrajaya
No. Tel. : 03 – 8871 7429/ 7437/ 7436
No. Faks: 03 - 8871 7492

Urus setia Cawangan Sabah, SPP
No. Tel.: 088 - 488 521 / 522 / 523 / 524
No. Faks: 088 - 487 257

Urus setia Cawangan Sarawak, SPP
No. Tel.: 082 - 537 000/ 002/ 003
No. Faks: 082 537 027

E-mel
eproper@spp.gov.my

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Share:

Permohonan Program Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

MOHON PERHATIAN khususnya kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang BERMINAT untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini menawarkan program Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD).
Share:

Tuesday, June 6, 2017

Kursus yang Ditawarkan kepada Siswa Pendidik Mod Sepenuh Masa - PISMP Ambilan Jun 2015 pada Semester 5 (Semester 1 Tahun 3) di Kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W. kerana atas izin-Nya, my beloved friends and I (siswa pendidik PISMP Ambilan Jun 2015) done menduduki peperiksaan Mei 2017 yang bermula pada 08 Mei sehingga 26 Mei 2017 yang lalu. (RESULT KELUAR PADA 12 JUN NI)...

Pada entri blog kali ini, saya akan mengongsikan kursus-kursus yang akan ditawarkan kepada siswa pendidik PISMP Ambilan Jun 2015. Berikut merupakan butiran kursus-kursus tersebut :

1. Komponen kursus Amalan Profesional (PRKA) - PRKA3026 - Praktikum Fasa 1

Pada pengajian PISMP Semester 3 (Semester 1 Tahun 3) ini, kursus yang ditawarkan ialah Praktikum Fasa 1 (Kod Kursus: PRKA3026) dengan 6 kredit.
Umum sedia maklum, kursus ini adalah kursus yang mengkehendaki siswa pendidik menjalani praktikum di sekolah rendah yang telah dipilih (atau yang telah ditetapkan) oleh Unit Praktikum kampus IPG masing-masing.


Kursus ini dilaksanakan selama 12 minggu (3 BULAN) iaitu bermula pada 03 Julai sehingga 29 September 2017 bagi Negeri Kumpulan BBagi Negeri Kumpulan A, praktikum bermula pada 02 Julai sehingga 28 September. 

Untuk bidang teras (major)penyelia (pensyarah pembimbing) akan menyelia siswa pendidik sebanyak 4 kali dengan peruntukan jam sebanyak 2 jam. (4 kali penilaian dan bimbingan x 2 jam). Manakala, guru pembimbing pula akan membuat penilaian dan bimbingan kepada siswa pendidik sebanyak 5 kali dengan peruntukan masa sebanyak 2 jam (5 kali penilaian dan bimbingan x 2 jam).


Untuk bidang elektif teras pula (minor)penyelia (pensyarah pembimbing) akan menyelia siswa pendidik sebanyak 3 kali dengan peruntukan jam sebanyak 2 jam. (3 kali penilaian dan bimbingan x 2 jam). Manakala, guru pembimbing pula akan membuat penilaian dan bimbingan kepada siswa pendidik sebanyak 4 kali dengan peruntukan masa sebanyak 2 jam (4 kali penilaian dan bimbingan x 2 jam).

2. Komponen Kursus Elektif Terbuka

Setiap kursus elektif terbuka pilihan siswa pendidik berbeza dari aspek wajaran, kaedah pentaksiran but sama kredit, iaitu sebanyak 3 kredit.
Terdapat 36 kursus Elektif Terbuka yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia but bergantung kepada Bahagian Akademik IPG masing-masing dalam menawarkan kursus2 Elektif Terbuka ini.

3. Komponen Kursus Mata pelajaran Umum (MPU) - Bina Insan Guru (MPU3112)

Kursus ni, siswa pendidik IPG WAJIB ambil/ikut : Amali daripada Komponen Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) iaitu Bina Insan Guru (BIG) selama 5 Hari 4 Malam di tempat yang dipersetujui oleh "batch" korang (pemilihan lokasi BIG tu berdasarkan pemilihan dan persetujuan bersama daripada batch n lecturer) *tu yang I know la.. Hhehhehe*
Kod kursus ni MPU3112 iaitu 2 jam kredit.

KESIMPULANNYA, ada 3 kursus yang akan kita ambil, iaitu PRKA3026 (Praktikum Fasa 1), MPU3112 (Bina Insan Guru) dan 1 kursus elektif terbuka yang korang pilih.

Hope bermanfaat...
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA dan SELAMAT BERCUTI...

MOHON BETULKAN AKU IF I AM WRONG ABOUT THIS...
#6DaysLeft *moreless
Hhahaha
Share:

Pengambilan FELO KOHORT 2018 untuk Program “Teach for Malaysia” Anjuran Yayasan Teach for Malaysia dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)



MOHON PERHATIAN KHUSUSNYA KEPADA PEMEGANG IJAZAH SARJANA MUDA/SARJANA/DOKTORAT 
(KECUALI IJAZAH YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG PENDIDIKAN)

Pihak Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merekrut, memilih dan melatih graduan terpilih dan menempatkan mereka di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara. Felo TFM akan mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Malaysia selama tempoh dua (2) tahun sepenuh masa bermula dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019, bagi meningkatkan pencapaian akademik dan aspirasi pelajar sekolah. 

Selepas tamatnya tempoh perkhidmatan di bawah Program TFM selama dua (2) tahun, Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi di dalam dan di luar bilik darjah yang merupakan sebahagian daripada gerakan Alumni TFM. 

Sebelum memulakan perkhidmatan, calon-calon yang menerima tawaran bagi Program TFM ini dikehendaki untuk melalui fasa-fasa pemilihan seperti berikut:

  1. Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
  2. Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah selama tempoh satu (1) minggu di antara bulan Julai 2017 hingga bulan September 2017
  3. Memenuhi Latihan Pra-Perkhidmatan Program Teach for Malaysia (TFM) dari bulan Oktober 2017 hingga bulan Disember 2017


KRITERIA ASAS PERMOHONAN

Krtieria-kriteria asas bagi permohonan untuk Felo Program TFM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemegang Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktorat di dalam mana-mana bidang (KECUALI ijazah yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti Bachelor of Education, Bachelor of TESL dan lain-lain)
  3. Tidak memegang sebarang ikhtisas pendidikan
  4. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  5. Berumur 32 tahun ke bawah sebelum 1 Januari 2018
  6. Memperolehi minimum "Kredit" bagi subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  7. Memperolehi minimum CGPA 3.00/4.00 atau "Second Class Upper"


CARA PERMOHONAN

Semua permohonan perlu dibuat di atas talian menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM). Permohonan boleh dilakukan di laman web http://teachformalaysia.org/home/apply/  atau di http://tfaforms.com/445333

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup bagi permohonan Felo Program TFM adalah pada 16 Jun 2017.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan tentang Program Teach For Malaysia boleh diajukan melalui emel di mailto:ecruitment@teachformalaysia.org

NOTA: Calon yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dihubungi melalui emel oleh pihak YTFM

Share:

Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP) terhadap Guru Baharu Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) Lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG)




Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kajian Maklum Balas Kepuasan Pelanggan guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) lulusan Institut Pendidikan Guru yang mula mendaftar antara 1 Jan 2016 hingga 30 Jun 2016

Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP) perlu dilengkapkan oleh pentadbir sekolah (Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia) setelah guru baharu  lepasan Institut Pendidikan Guru ditempatkan di sekolah selama setahun (1). SSKP ini ditadbir bagi tujuan penambahbaikan program latihan perguruan pra perkhidmatan kelolaan Institut Pendidikan Guru (IPG). Segala maklumat yang diperoleh adalah SULIT. Kerjasama tuan/puan untuk melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SKKP) boleh diakses di http://i-sskp.askit.my/

Sumber : 
Encik Shamsudin Ahmad - Insitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM)
Share:

JUMLAH PENGUNJUNG

SALAM #SEHATISEJIWA

"LIKE" HALAMAN "FACEBOOK" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

CIKGU SUHAIMIN

BLOG CIKGU SUHAIMIN
SELAMAT DATANG ke BLOG CIKGU SUHAIMIN. Dapatkan INFORMASI TERKINI berkaitan DUNIA PENDIDIKAN

TARIKH PENTING DALAM DUNIA PENDIDIKAN MALAYSIA

01/01/2017 - Tahun Baru (2017)

03/01/2017 - Sesi Persekolahan Bermula

28/01/2017-29/01/2017 - Cuti Umum Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

10/02/2017 - Thaipusam

18/03/2017 sehingga 26/03/2017 - Cuti Pertengahan Penggal 1

14/04/2017 - Good Friday

24/04/2017 - Israk dan Mikraj

27/05/2017 - Puasa (Ramadan)

25/06/2017 - Hari Raya Aidilfitri

26/08/2017 sehingga 03/09/2017 - Cuti Penggal 2

31/08/2017 - Hari Kebangsaan

19/10/2017 - Deepavali

01/11/2017 - Maulidur Rasul

KATEGORI @ TAG

2017 (10) 2018 (2) 2019 (1) Abjad (1) ABM (1) Aktiviti (2) Ambilan 2017 (1) Ambilan 2018 (1) Ambilan Kedua (1) Aspek Tatabahasa (1) Atas Talian (2) Bahan Bantu Mengajar (2) Bahasa (1) Bahasa Malaysia (1) Bahasa Melayu (6) Bank Rakyat (1) Bantuan Khas Kewangan (1) BBB (1) BBM (4) Berita (2) Berjaya (1) BIG (1) Bilangan 1 Tahun 2017 (1) Bina Insan Guru (1) Bulan Kebangsaan (2) Bulan Kemerdekaan (2) Calon (1) CBBP TB (1) Cuti (1) Cuti Belajar Bergaji Penuh tanpa Biasiswa (1) Cuti Persekolahan (1) DBP (1) Dewan Bahasa dan Pustaka (1) Didik Hibur (1) Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran (1) Doctor of Philosophy (1) DSKP (2) Elektif Terbuka (1) Facebook (1) Gambar untuk Diwarna (1) Graduan (1) Grafik (2) Guru (1) Guru Baharu (1) Guru Besar (1) Guru Pembina Negara Bangsa (1) Hadiah Latihan Persekutuan (1) Hari Guru (1) Hari Guru 2017 (1) Hari Guru ke-46 (1) Hari Guru Tahun 2017 (1) Hari Raya Aidilifitri (2) High Order Thinking Skills (1) HLP (1) HOTS (1) Huruf (1) Ijazah (1) Ijazah Doktor Falsafah (1) Ijazah Kedoktoran (1) Ijazah Sarjana (1) Ijazah Sarjana Muda Perguruan (1) Institut Pendidikan Guru (8) Institut Pendidikan Guru Malaysia (4) IPG (8) IPGM (1) ISMP (1) Jadual (1) JobsMalaysia (1) Kad (1) KADS1M (1) Kaedah (1) Kalendar (1) Kalendar Akademik (1) Kawalan Kelas (1) KBAT (1) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (1) Kemas kini (1) Kementerian Kewangan Malaysia (1) Kementerian Pendidikan Malaysia (11) Kementerian Pendidikan Tinggi (2) Kenaikan Pangkat (1) Keputusan (1) Koleksi (2) Koleksi Bahan Bantu Mengajar (2) Koleksi BBM Bahasa Melayu (3) Konsep (1) KPM (7) KPT (1) KSSR (4) KSSR Semakan 2017 (3) Kumpulan (1) Kumpulan B (1) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (4) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) (2) Kursus (2) Kursus Amalan Profesional (1) Kursus PISMP (1) Lantikan Tetap (1) LASS3013 (1) Lepasan Universiti Awam (1) Lestari (1) Makluman (4) Malaysia (2) Master (1) Mata Pelajaran (3) Mata Pelajaran Umum (1) Matrikulasi (2) Merdeka (1) MPU (1) MPU3112 (1) NPQEL (1) Online (2) PAK-21 (6) PdP (2) PdP Abad ke-21 (1) PdPc (8) Pedagogi Abad ke-21 (3) Pekeliling (2) Pekeliling Ikhtisas (1) Pekerjaan (1) Pembangunan Lestari (1) Pembelajaran Abad ke-21 (8) Pembelajaran dan Pemudahcaraan (4) Pemberitahuan (9) Pendekatan (1) Pendidikan (6) Pendidikan Lestari Alam Sekitar (1) Peneguhan (1) Peneguhan Negatif (1) Peneguhan Positif (1) Pengajaran dan Pembelajaran (4) Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 (1) Pengemaskinian (1) Pengemaskinian Maklumat bagi Calon yang telah Diperaku Lantikan Tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) (1) Pengetua (1) Pengisian (1) Pengumuman (4) Penjawat Awam (1) Penjodoh Bilangan (1) Pentadbir (1) Perdana Menteri (1) Perdana Menteri Malaysia (1) Perguruan (2) Permohonan (8) Persediaan (1) Pesara Kerajaan (1) PhD (1) PISMP (8) PLC (1) PPISMP (1) Praktikal (1) Praktikum (3) PRKA (1) PRKA 3026 (2) PRKA3026 (1) Program (1) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (6) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian (3) Program Kem Motivasi Tahun 6 Fasa II (1) Program Teach for Malaysia (1) Rancangan Pengajaran Harian (2) Rayuan (1) RPH (2) Sabah (1) Sarjana Muda (1) Sehati Sejiwa (1) Sejarah dan Konsep Pembangunan Lestari (1) Sekolah (1) Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Sekolah Kebangsaan Batu 4 (1) Sekolah Rendah (1) Semakan (1) Semakan Status Permohonan Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) Secara Atas Talian (Online) Mulai 1 Jun 2017 (1) Semakan Temu Duga ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2017 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (1) Semester 1 Tahun 3 (1) Semester 5 (1) Senarai Kumpulan Atas Talian (Online) untuk Warga Pendidik (1) Sesi 2017/2018 (1) Set Induksi (1) Siaran Media (1) Simpulan Bahasa (1) Sistem ePROPER (1) Siswa (1) SKPMg2 (2) Soal Selidik (1) SPP (3) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (2) Strategi (1) Surat (1) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (3) Tahun 2 (1) Tahun 2017 (6) Takwim (2) Takwim Penggal (1) Tatabahasa (2) Tawau (1) Teach for Malaysia Programme (1) Teknik (1) Teknologi (1) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (2) Telegram (1) Tema Hari Guru (1) Tema Hari Guru Tahun 2017 (1) Temu duga (2) Teori (1) Teori PdP (1) Teori Pengajaran dan Pembelajaran (1) Tips (1) TMK (2) Universiti Pendidikan Sultan Idris (1) UPSI (1) Yayasan Teach for Malaysia (1) YTFM (1)

INSTAGRAM :cikgu.suhaimin

CATATAN


SELAMAT DATANG ke blog CIKGU SUHAIMIN! Dapatkan INFORMASI TERKINI berkaitan Dunia Pendidikan, Bahasa Melayu dan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya melalui e-mel , iaitu mohdsuhaiminisnen@gmail.com

SUBSCRIBE YOUTUBE FOLLOW GOOGLE+
FOLLOW TWITTER FOLLOW
INSTAGRAM
FOLLOW / ADD FACEBOOK PIN IT PINTEREST

AKTIVITI TERKINI

03/01/2017 - Pendaftaran Semester PISMP Semester 4

04/01/2017 - Kuliah PISMP Semester 4 bermula di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

26/01/2017-31/01/2017 - Cuti Umum Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

10/02/2017 - Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2016/2017

11/02/2017 - Bengkel Nazam Peringkat IPG Kampus Tawau

13/03/2017 - 17/03/2017 - Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Terusan, Lahad Datu, Sabah

18/03/2017 - 26/03/2017 - Cuti

28/03/2017 - Melaksanakan inovasi di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah

17/05/2017 - 11/06/2017 - Cuti Semester

12/06/2017 - PISMP Semester 5 Bermula #RoadtoPracticum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARKIB BLOG

"SUBSCRIBE" BLOG SAYA ; CIKGU SUHAIMIN

Masukkan e-mel anda di dalam kotak berikut:

Disediakan oleh Google FeedBurner