Blog Dunia Pendidikan | Mohd Suhaimin Isnen | mohdsuhaiminisnen@gmail.com | sejak 2 Januari 2017

Saturday, June 10, 2017

23 Contoh Aktiviti Set Induksi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya akan berkongsi berkaitan perkongsian ilmu PAK-21 (Pembelajaran Abad ke-21) daripada Encik Heryyan Syah Tupan (salah seorang ikon PAK-21) mengenai contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam set induksi selaras dengan konsep Pembelajaran Abad ke-21 ini.


Adakah anda mengetahui apakah itu Pembelajaran dan Pemudahcaraan? Akronimnya ialah PdPc. Ia merupakan standard yang keempat daripada lima standard dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pada 13 September 2016 (DRAF) untuk menambah baik sistem pendidikan semasa dan memenuhi konsep Pembelajaran Abad ke-21. PdPc juga berfungsi dalam menambah baik konsep Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari aspek pengisian aktiviti sesuatu pembelajaran ke arah mewujudkan penglibatan murid/pelajar secara aktif dan lebih menyeluruh serta sistematik.

Terdapat 6 aspek dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) ini iaitu :


  1. Aspek 4.1 - Guru sebagai Perancang
  2. Aspek 4.2 - Guru sebagai Pengawal
  3. Aspek 4.3 - Guru sebagai Pembimbing
  4. Aspek 4.4 - Guru sebagai Pendorong
  5. Aspek 4.5 - Guru sebagai Penilai
  6. Aspek 4.6 - Murid sebagai Pembelajar Aktif
Jika kita lihat dari aspek di atas, peranan GURU adalah LEBIH BANYAK. Ini adalah kerana GURU sebagai AGEN UTAMA dalam mewujudkan pembelajaran yang EFEKTIF DAN BERMAKNA dalam kalangan murid/pelajar di dalam ataupun di luar bilik darjah.

Sehubungan dengan itu, perancangan guru dalam memenuhi keenam-enam aspek PdPc ini bermula dengan pemilihan aktiviti PdPc, antaranya ialah memilih dan melaksanakan sesuatu set induksi iaitu langkah dalam merangsang atau memulakan sesuatu proses pembelajaran. Umum sedia maklum, set Induksi berasal daripada perkataan 'induction' yang bermaksud 'giving rise to something' - membangkitkan, mewujudkan sesuatu kepada sesuatu perkara yang lain.

Berikut merupakan 23 contoh set induksi yang boleh dilaksanakan dalam proses PdPc daripada Encik Herryan Syah Tupan :

1. Video
Video ditunjukkan dan dibincangkan bersama murid. Video perlu ditapis dahulu dan boleh dilihat oleh murid.

2. Nyanyian Lagu
Lagu dinyanyikan  dan lirik dibincangkan. Lagu pula haruslah yang memberi semangat dan rancak. 

3. Perbualan Audio
Audio dipasangkan dan murid kenalpasti mesej dan isi yang disampaikan.

4. Gambar/poster
Gambar/poster ditunjukkan. Murid bincangkan elemen-elemen tertentu seperti objek, perbuatan, proses dan sebagainya.

5. Objek/benda maujud
Objek ditunjukkan dan murid bincangkan. Boleh juga beri murid pegang dan rasa dengan deria sentuhan.

6. Entry Ticket
Murid nyatakan apa yang mereka ingin tahu daripada tajuk pembelajaran dan ditulis pada stickey notes. Kemudian mereka tampal pada dinding. Kemudian semua pergi melihat notes itu. Jika sesiapa ada jawapan kepada notes tersebut, mereka ambil dan kongsikan jawapan kepada kelas. 

7. Running Dictation
Setiap kumpulan ada seorang runner untuk dapatkan maklumat tertentu di sekeliling kelas. Kemudian, balik ke kumpulan dan seorang akan tuliskan maklumat sehingga siap. Dapatan dikongsikan. Maklumat pula perlu yang mudah dan ringkas.

8. Who/What am I?
Satu objek tersembunyi dimasukkan dalam kotak. Kota dilubangkan cukup untuk masukkan tangan. Murid masukkan tangan ke dalam kotak dan meneka apakah objek itu.

9. Jigsaw
Maklumat dipecahkan kepada beberapa kumpulan, kemudian setiap kumpulan akan berkongsi maklumat sehingga maklumat yang lengkap didapatkan.

10. I have, Who has... (Loop)
Kaedah interaktif murid diberi bahan dan biasakan dengan set perkataan yang akan dipelajari. Seorang dari kumpulan bertanya; I have bananas, Who has watermelon? Kumpulan yang ada watermelon pula menjawab, I have watermelon, Who has pineapple? Prinsip Loop..
(refer to previous post: Loop!

11.  Error Detection
Cikgu tunjukkan apa sahaja bentuk bahan media/simulasi dan murid kenalpasti kesilapan atau masalah. Kemudian PdPc dibuat berasaskan Penyelesaian Masalah (Problem Solving).

12. Puppet/Mascott
Perkenal satu watak puppet, mascott dan apa sahaja yang bersesuaian dan murid boleh berbual dengan watak tersebut.

13. Role Play/Simulasi
Satu situasi diberikan dalam bentuk lakonan (guru/guru+murid/murid/murid+murid). Kemudian, situasi ini dibincangkan.

14. Spot the objects
Murid mengenal pasti objek melalui pemerhatian pada sekeliling kelas, kawasan sekolah, gambar, video dan sebagainya.

15. True or False
Tajuk diberikan dan kemudian murid meneka samada beberapa kenyataan adalah Betul ataupun Salah.

16. 2 Truths and A Lie
3 kenyataan diberikan dan murid meneka mana 2 kenyataan yang betul dan 1 yang salah. Dibuat dalam beberapa pusingan.

17.  PreTest
Berikan soalan dan semak jawapan murid. Biarkan murid lihat jawapan mereka yang salah dan betul. 

18. KWL
K: What I Know
W: What I want to know
L: What I learned
Fokus kepada What I Know..Murid samada tuliskan respon di atas sehelai kertas secara individu atau 'whole class approach'.

19. Jigsaw Puzzle
Beberapa keping gambar dipotong dan murid cantumkan. Kemudian murid kongsikan dapatan mereka.

20. Buidling Blocks (Dengan Lego) Atau bahan binaan, kraf
Murid cantumkan bahan binaan mudah mengikut panduan guru dan murid tunjukkan hasil mereka. (Jangan yang susah-susah ya). Contonya, rumah, kereta.

21. Take One Out
Murid diberikan beberapa perkataan, gambar, ayat, atau sebarang bahan. Dalam satu ketgori itu, murid perlu keluarkan satu yang tidak berkaitan daripada rangkaian atau kumpulan tersebut.

22. Grouping
Murid diberikan beberapa bahan dan murid dalam kumpulan bahan-bahan tersebut mengikut kategori atau pengelasan. 

23. Match or Place
Dengan bahan seperti poster, beberapa kepingan kertas atau objek perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam gambar. Boleh juga gunakan aplikasi online

Sumber Herryan Syah Tupan

Sekian daripada saya berkaitan 23 Contoh Aktiviti Set Induksi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). TERIMA KASIH kepada En. Herryan Syah Tupan.
Semoga bermanfaat...

KONGSI itu MESTI, BERKAT itu PASTI"
Share:
Location: KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27, 91009 Tawau, 91000, Malaysia

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ilmu..semoga pahala ilmu yang dikongsikan berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. Aamiin.. Terima kasih kembali... :)

      Delete

JUMLAH PENGUNJUNG

CIKGU SUHAIMIN

"LIKE" HALAMAN "FACEBOOK" SAYA

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

CIKGU SUHAIMIN

BLOG CIKGU SUHAIMIN
SELAMAT DATANG ke BLOG CIKGU SUHAIMIN. Dapatkan INFORMASI TERKINI berkaitan DUNIA PENDIDIKAN

TARIKH PENTING DALAM DUNIA PENDIDIKAN MALAYSIA

01/01/2017 - Tahun Baru (2017)

03/01/2017 - Sesi Persekolahan Bermula

28/01/2017-29/01/2017 - Cuti Umum Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

10/02/2017 - Thaipusam

18/03/2017 sehingga 26/03/2017 - Cuti Pertengahan Penggal 1

14/04/2017 - Good Friday

24/04/2017 - Israk dan Mikraj

27/05/2017 - Puasa (Ramadan)

25/06/2017 - Hari Raya Aidilfitri

26/08/2017 sehingga 03/09/2017 - Cuti Penggal 2

31/08/2017 - Hari Kebangsaan

19/10/2017 - Deepavali

01/11/2017 - Maulidur Rasul

KATEGORI @ TAG

2017 (15) 2018 (2) 2019 (1) 45 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (1) Abad ke-21 (1) Abjad (1) ABM (1) Aktiviti (2) Ambilan 2017 (1) Ambilan 2018 (1) Ambilan Kedua (1) Aspek Tatabahasa (1) Atas Talian (2) Bahan Bantu Mengajar (3) Bahasa (1) Bahasa Malaysia (1) Bahasa Melayu (6) Bank Rakyat (1) Bantuan Khas Kewangan (1) BBB (1) BBM (5) Berceita (1) Berita (3) Berjaya (1) BIG (1) Bilangan 1 Tahun 2017 (1) Bina Insan Guru (2) Bulan Kebangsaan (6) Bulan Kemerdekaan (3) Calon (1) CBBP TB (1) Cuti (1) Cuti Belajar Bergaji Penuh tanpa Biasiswa (1) Cuti Persekolahan (1) DBP (1) Dewan Bahasa dan Pustaka (1) Didik Hibur (1) Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran (1) Doctor of Philosophy (1) DSKP (2) Elaun (1) Elektif Terbuka (1) Facebook (1) Fasa 1 (1) Galeri (1) Gambar untuk Diwarna (1) Graduan (1) Grafik (2) Guru (1) Guru Baharu (1) Guru Besar (2) Guru Pembina Negara Bangsa (1) Hadiah Latihan Persekutuan (1) Hari Guru (1) Hari Guru 2017 (1) Hari Guru ke-46 (1) Hari Guru Tahun 2017 (1) Hari Raya Aidilifitri (2) High Order Thinking Skills (1) HLP (1) HOTS (1) Huruf (1) Ijazah (1) Ijazah Doktor Falsafah (1) Ijazah Kedoktoran (1) Ijazah Sarjana (1) Ijazah Sarjana Muda Perguruan (1) Institut Pendidikan Guru (10) Institut Pendidikan Guru Malaysia (5) Instragram (1) IPG (9) IPGM (1) ISMP (1) Jadual (1) Jadual Peperiksaan (1) JobsMalaysia (1) Kad (1) KADS1M (1) Kaedah (1) Kalendar (1) Kalendar Akademik (1) Kawalan Kelas (1) KBAT (1) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (1) Kemas kini (1) Kementerian Kewangan Malaysia (1) Kementerian Pendidikan Malaysia (16) Kementerian Pendidikan Tinggi (2) Kenaikan Pangkat (1) Keputusan (1) Koleksi (2) Koleksi Bahan Bantu Mengajar (3) Koleksi BBM Bahasa Melayu (3) Konsep (1) KPM (12) KPT (1) KSSR (4) KSSR Semakan 2017 (3) Kumpulan (1) Kumpulan B (1) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (4) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) (2) Kursus (2) Kursus Amalan Profesional (1) Kursus PISMP (1) Lantikan Tetap (1) LASS3013 (1) Lepasan Universiti Awam (1) Lestari (1) Majlis Pelancaran (1) Makluman (4) Malaysia (4) Master (1) Mata Pelajaran (3) Mata Pelajaran Umum (1) Matrikulasi (3) Merdeka (1) Modul (1) Modul Multimedia dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM Abad ke-21 (1) MPU (1) MPU3112 (1) Multimedia (1) Negaraku (1) NPQEL (1) Online (2) PAK-21 (7) PdP (2) PdP Abad ke-21 (1) PdPc (10) Pedagogi Abad ke-21 (3) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (2) Pekeliling (2) Pekeliling Ikhtisas (1) Pekerjaan (1) Pembangunan Lestari (1) Pembelajaran Abad ke-21 (9) Pembelajaran dan Pemudahcaraan (5) Pemberitahuan (11) Pendekatan (1) Pendidikan (8) Pendidikan Lestari Alam Sekitar (1) Peneguhan (1) Peneguhan Negatif (1) Peneguhan Positif (1) Pengajaran dan Pembelajaran (5) Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 (1) Pengemaskinian (1) Pengemaskinian Maklumat bagi Calon yang telah Diperaku Lantikan Tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) (1) Pengetua (1) Pengisian (1) Pengumuman (5) Penjawat Awam (1) Penjodoh Bilangan (1) Pentadbir (1) Peperiksaan (1) Perauduan (1) Perdana Menteri (1) Perdana Menteri Malaysia (1) Perguruan (3) Peringkat Sekolah (1) Permohonan (8) Persediaan (1) Pertandingan (3) Pesara Kerajaan (1) Peta i-Think (1) Peta Pemikiran (1) PhD (1) PISMP (10) PISMP Ambilan Jun 2015 (1) PLC (1) PPISMP (1) PPP (2) Praktikal (1) Praktikum (4) PRKA (1) PRKA 3026 (2) PRKA3026 (1) Program (1) Program Bina Insan Guru (1) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (8) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian (3) Program Kem Motivasi Tahun 6 Fasa II (1) Program Teach for Malaysia (1) Rancangan Pengajaran Harian (2) Rayuan (1) RPH (2) Sabah (4) Sarjana Muda (1) Sehati Sejiwa (1) SehatiSejiwa (1) Sejarah dan Konsep Pembangunan Lestari (1) Sekolah (1) Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Sekolah Kebangsaan Batu 4 (4) Sekolah Rendah (1) Semakan (1) Semakan Status Permohonan Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) Secara Atas Talian (Online) Mulai 1 Jun 2017 (1) Semakan Temu Duga ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2017 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (1) Semangat Merdeka (1) Semester 1 Tahun 3 (1) Semester 5 (1) Senarai Kumpulan Atas Talian (Online) untuk Warga Pendidik (1) Sesi 2017/2018 (1) Set Induksi (1) Siaran Media (1) Simpulan Bahasa (1) Sistem ePROPER (1) Siswa (1) SK Batu 4 (1) SKPMg2 (2) Soal Selidik (1) SPP (3) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (2) STEM (1) Strategi (1) Surat (1) Surat Siaran (1) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (3) Tahun 2 (1) Tahun 2017 (6) Takwim (2) Takwim Penggal (1) Tatabahasa (2) Tawau (4) Teach for Malaysia Programme (1) Teknik (1) Teknologi (1) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (2) Telegram (1) Tema Hari Guru (1) Tema Hari Guru Tahun 2017 (1) Temu duga (2) Teori (1) Teori PdP (1) Teori Pengajaran dan Pembelajaran (1) Tips (1) TMK (2) Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (1) Universiti Pendidikan Sultan Idris (1) UPSI (1) UPSR (1) Yayasan Teach for Malaysia (1) YTFM (1)

INSTAGRAM : memen.suhaimin

CATATAN


SELAMAT DATANG ke blog CIKGU SUHAIMIN! Dapatkan INFORMASI TERKINI berkaitan Dunia Pendidikan, Bahasa Melayu dan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya melalui e-mel , iaitu mohdsuhaiminisnen@gmail.com

SUBSCRIBE YOUTUBE FOLLOW GOOGLE+
FOLLOW TWITTER FOLLOW
INSTAGRAM
FOLLOW / ADD FACEBOOK PIN IT PINTEREST

AKTIVITI TERKINI

03/01/2017 - Pendaftaran Semester PISMP Semester 4

04/01/2017 - Kuliah PISMP Semester 4 bermula di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

26/01/2017-31/01/2017 - Cuti Umum Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

10/02/2017 - Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2016/2017

11/02/2017 - Bengkel Nazam Peringkat IPG Kampus Tawau

13/03/2017 - 17/03/2017 - Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Terusan, Lahad Datu, Sabah

18/03/2017 - 26/03/2017 - Cuti

28/03/2017 - Melaksanakan inovasi di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah

17/05/2017 - 11/06/2017 - Cuti Semester

12/06/2017 - PISMP Semester 5 Bermula #RoadtoPracticum

03/07/2017 - 29/09/2017 - Praktikum Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Batu 4, Tawau, Sabah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARKIB BLOG

"SUBSCRIBE" BLOG SAYA ; CIKGU SUHAIMIN

Masukkan e-mel anda di dalam kotak berikut:

Disediakan oleh Google FeedBurner