Elaun Sara Hidup Pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Dihentikan Bermula PISMP Ambilan Jun 2018

  1. Bagi pelajar IPG, PPISMP ambilan Jun 2017 elaun sara hidup (RM430 sebulan) dan belanja pergi balik akan terus dibayar sehingga tamat tempoh pengajian iaitu 1 tahun.
  2. Pelajar IPG sedia ada iaitu yang sebelum ambilan Jun 2017 akan terus menerima elaun yang telah ditetapkan RM430 sebulan sehingga tamat pengajian. Bayaran belanja pergi balik maksimum RM500 untuk sekali setahun sepanjang tempoh pengajian.
  3. Bagi pelajar ambilan Jun 2017 yang menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP 4 Tahun) tiada elaun sara hidup diberikan mulai ambilan Jun 2018.
  4. Namun begitu, yuran pengajian RM27,831.00 ditanggung penuh oleh kerajaan Malaysia.
  5. Pelajar yang memerlukan wang untuk menyara hidup boleh memohon PTPTN.
  6. IPGM juga telah berbincang hal ini, agar menyenaraikan IPG sebagai salah satu agensi penerima PTPTN.

Berikut merupakan Kenyataan Media daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan status elaun sara hidup pelajar Institut Pendidikan Guru :


SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA