Untuk makluman semua, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah mengeluarkan  Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2017 mengenai pelaksanaan Sistem ePROPER bagi melaksanakan urusan perkhidmatan secara atas talian (online) bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP iaitu bagi urusan perkhidmatan :

  1. Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT), 
  2. Pengesahan dalam Perkhidmatan (PDP), 
  3. Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP)
  4. Pemberian Taraf Berpencen (PTB)
Sistem ePROPER merupakan sistem yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi membolehkan Ketua Jabatan di semua peringkat agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Selaras  dengan  perkembangan  teknologi  masa kini  dan  hasrat  SPP ke arah memudahkan  urusan  perkhidmatan APP,  Sistem ePROPER  telah dibangunkan bagi memastikan perakuan urusan perkhidmatan dilaksanakan secara  dalam talian.  Objektif pelaksanaan  Sistem  ePROPER  adalah  bagi mempercepat perakuan urusan perkhidmatan APP dan meletakkan kepercayaan kepada Ketua Jabatan yang telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan  pegawai  di bawah seliaannya.

Sistem     ePROPER      ini boleh     dicapai      melalui     URL https://teratai.spp.gov.my

Bagi merujuk manual sistem, pegawai yang bertanggungjawab  boleh  memuat turun Manual  Pengguna  Sistem ePROPER (Projek Rintis) di capaian URL yang sama. 

Sistem ePROPER  ini hanya melibatkan  urusan perkhidmatan  pegawai yang penempatannya  di kedua-dua  agensi  sahaja. Manakala  agensi yang bukan bertaraf PTJ,  perakuan urusan perkhidmatan sama ada PPT, PDP, PTP dan PTB hendaklah dilaksanakan secara  manual.

Dengan pelaksanaan  sistem  ini,  dokumen  perakuan  asal tidak  perlu dikemukakan  kepada  SPP. Waiau  bagaimanapun,  dokumen  tersebut  perlu disimpan dengan teratur dalam fail peribadi pegawai.

Pekeliling  ini  terpakai  untuk semua APP yang dilantik oleh SPP pada 1 Januari 2014 ke  atas  dan  dilaksanakan  oleh  agensi  berstatus  PTJ. 

Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Jun 2017.  

Sehubungan dengan itu, dengan berkuat kuasanya  pekeliling ini,  maka Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan  Pelajaran Tahun 2016 (Projek Rintis) adalah DIBATALKAN.

Berikut merupakan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Bilangan 1 Tahun 2017 - Pelaksanaan Sistem ePROPER (Projek Rintis) :












Sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia Sistem ePROPER, SPP seperti berikut:

Pasukan Petugas Khas 
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Aras 2, Blok B3, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62526 WP PUTRAJAYA

Ibu Pejabat Putrajaya
No. Tel. : 03 – 8871 7429/ 7437/ 7436
No. Faks: 03 - 8871 7492

Urus setia Cawangan Sabah, SPP
No. Tel.: 088 - 488 521 / 522 / 523 / 524
No. Faks: 088 - 487 257

Urus setia Cawangan Sarawak, SPP
No. Tel.: 082 - 537 000/ 002/ 003
No. Faks: 082 537 027

E-mel
eproper@spp.gov.my

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA